SINAR BUAT PENIAGA, USAHAWAN, PENJAJA DAN SURI RUMAH
03 Julai 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah merasmikan Majlis Penyerahan Tajaan Caruman SKSPS dan SKSSR serta Pertukaran Surat Niat Kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan PERKESO di Pusat Penjaja Jalan Wirawati, Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang turut disaksikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Dibawah inisiatif Lindung@PUJI yang berpaksikan perlindungan
sosial secara komprehensif, JWP memperuntukkan RM52,080 bagi penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada seramai 434 golongan suri rumah berstatus miskin di Wilayah Persekutuan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur telah membuat tajaan pembiayaan 10% yang bernilai RM23.30 kepada golongan penjaja dalam program Lestari Niaga yang berkelayakan bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Sehingga kini, hanya 756 orang sahaja yang telah berjaya disenarai pendek dan layak dipertimbangkan untuk tajaan Skim SKSPS ini.
Atas dasar keprihatinan, DBKL masih memberi ruang dan peluang kepada penjaja-penjaja yang terlibat dalam Program Lestari Niaga ini untuk memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sehingga bulan November 2024 bagi membolehkan mereka mendapat tajaan SKSPS tahun ini.
Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP dan YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.