IKAN BAKAR PANAS-PANAS
02 Julai 2024
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hari ini turun ke Medan Selera Tanglin meninjau dan merasa sendiri keenakan makan tengahari di situ. Dalam lawatan ini, pihak DBKL memberi taklimat mengenai penaiktarafan Medan Selera Tanglin di bawah inisiatif Lestari Niaga @ Kuala Lumpur yang telah siap sepenuhnya.
YB
Menteri juga berkesempatan menyantuni dan beramah mesra dengan pelanggan dan peniaga yang rata-rata sangat berpuas hati dengan penaiktarafan Medan Selera tersebut.
Projek ini melibatkan Parlimen Lembah Pantai, bermula pada 1 April 2023 dan siap pada 15 Mei 2024 dengan kos RM1.5 juta serta melibatkan 7 lot dan skop kerja termasuk memasang struktur asas, bumbung, mengecat, membina lantai dan ruang makan, menyediakan tempat duduk dan meja makan, serta membaiki tandas dan kawasan parkir.