YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meluncurkan Majlis Perasmian Program Usaha Jaya Insan di Kuala Lumpur dan Sesi Libat Urus Peserta “Saya Berhak Hebat” di Tamu Hotel dan Suites pada pagi ini.
Dibawah Upaya@PUJI, program pendayaupayaan dan penjanaan pendapatan yang dilaksanakan ini adalah exit strategy yang dapat mengeluarkan peserta daripada kemiskinan tegar secara tuntas. Program ini adalah usaha sama JWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
Program ini bermula pada 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025 melibatkan 105 peserta.
Enam (6) modul kemahiran yang dilaksanakan ialah asas penyediaan makanan, asas asuhan kanak-kanak, asas seni kreatif, asas dandanan rambut, asas jahitan dan sulaman serta asas pendawaian.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Dr Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud, Pengarah Eksekutif YSS dan YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Sosio Ekonomi) DBKL.