Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


INISIATIF PUJI BAGI CERMIN MATA PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK 🤓

Tahukah anda? Kajian melalui program Amblyopia & Visual Impairment Screening (AVIS) mendapati 30 peratus kanak-kanak pra sekolah di Malaysia ada masalah penglihatan 😱

Justeru dengan komitmen berterusan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) melalui flagship Sihat @ PUJI dan Ilmu @ PUJI, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan Program Mata Hati Wilayah pada pagi ini yang merupakan manifestasi PUJI untuk menyediakan ekosistem 𝘦𝘹𝘪𝘵 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘺 kepada kemiskinan di Wilayah Persekutuan.

Mata Hati Wilayah yang merupakan hasil kerjasama di antara Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Yayasan Komuniti Negara, UiTM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan cermin mata percuma kepada 500 murid sekolah rendah dari lima buah sekolah yang terlibat – SK Bukit Pantai, SK Desa Tasik, SK Setiawangsa, SK Wangsa Maju Seksyen 1 dan SK La Salle.

Program Mata Hati Wilayah juga menawarkan perkhidmatan saringan mata percuma kepada seramai 3,000 pelajar sekolah rendah Tahap 1 di kelima-lima sekolah terbabit. 

Jaga cermin mata yang dapat tu elok-elok ye adik-adik dan belajar rajin-rajin 💪🏼

#DrZ #WilayahPersekutuanKita #PUJI #50WP #MalaysiaMADANI