Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


SESI LIBAT URUS BERSAMA EJEN PELANCONGAN DAN PEMAIN INDUSTRI WP LABUAN

YBhg Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan meluangkan masa mengadakan pertemuan mesra dalam sesi libat urus (SLU) bersama ejen pelancongan dan pemain industri WP Labuan bertempat di Labuan International Golf Club pada pagi ini. SLU ini melibatkan Labuan Rusukan Besar Tour and Travel Sdn Bhd, Emma Glorious Tours and Travel Sdn Bhd, LDA Labuan (Holdings) Travel and Tour Sdn. Bhd, Airborne Travel Sdn. Bhd, LGM Tours and Travel Sdn. Bhd, pegawai-pegawai JWP, PL, MOTAC dan Tourism Malaysia.

SLU ini diadakan dengan konsep santai dan melibatkan jumlah pemain industri yang selesa bagi memberi peluang kepada pemain industri pelancong untuk berkongsi pandangan, cadangan tambah baik dan info terkini dalam usaha merancakkan industri pelancongan di WP Labuan. Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan produk atau pakej baharu, cabaran dan halangan membangunkan pakej pelancongan serta cadangan tambah baik dan insentif penggalakan pakej. 

JWP dan PL akan mengadakan siri perjumpaan dengan pemain industri yang lain untuk dengan pendekatan yang sama untuk mendapatkan input secara langsung dan membina hubungan yang sihat secara dua hala dalam usaha secara bersama membangunkan sektor pelancongan WP Labuan.

#MADANIRakyatLabuan #syoknyaLABUAN #MalaysiaMADANI