NIAGA DARI RUMAH KINI KE GERAI
15 Jun 2024
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan diiringi YBrs. Encik Mohd Sharif Bin Mohd Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi JWP bersama Unit Kemiskinan JWP menyantuni dan melawati peserta KIR Program IBMT dan Program Basmi Miskin Tegar dengan Usahasama MAIWP & UPM di Tapak Niaga Plaza 393, Cheras hari ini.
Pihak DBKL telah memperuntukan sejumlah 15 unit gerai sewaan keseluruhannya dan 10 unit gerai
terdiri daripada peserta KIR Program IBMT dan lima (5) peserta KIR daripada Program Basmi Kemiskinan Tegar Usahasama MAIWP & UPM.
Pendekatan ini untuk membantu peserta menjalankan aktiviti perniagaan yang kebanyakannya terdiri dari masakan panas dan bakeri.
Kesemua peserta KIR sebelum ini mempunyai masalah untuk memulakan perniagaan di rumah kerana ruangan rumah yang agak sempit dan mempunyai ahli isi rumah yang ramai. Usaha membantu dengan memberi peluang berniaga di tempat yang khusus ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan pendapatan serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.