Tarikh: 13 Jun 2023
Tempat: Hotel Pulse Grande, Putrajaya
Majlis Tindakan Pembangunan Wilayah Persekutuan (MTPWP) ditubuhkan selaras dengan Arahan No. 1 Tahun 2023: Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara merupakan satu platform terbaik untuk memastikan keputusan-keputusan Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Wilayah Persekutuan, di samping menyelaras dan memantau pelaksanaan projek dan program pembangunan di Wilayah Persekutuan.
Keahlian Majlis ini melibatkan Ahli-Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan, wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta di peringkat Wilayah Persekutuan, termasuklah penyedia perkhidmatan utiliti dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
Buat julung kali, Mesyuarat MTPWP dipengerusikan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dengan mengetengahkan agenda pembangunan fizikal di Wilayah Persekutuan berdasarkan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP4 RMKe-12), pelaporan e-Kasih dan inisiatif menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan.
YB Menteri turut menekankan mengenai kepentingan nilai kebersamaan semua pihak berkepentingan di Wilayah Persekutuan agar agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan inklusif dan mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
#DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #50TahunWP