Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


500 PENERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI DAN BAKUL MAKANAN SEMPENA RAYA AIDILADHA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli untuk menyampaikan sumbangan kepada 500 penerima dari komuniti miskin tegar dan miskin Kuala Lumpur dalam Majlis Pengurniaan Sumbangan Hari Raya Aidiladha Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 anjuran PUSPANITA bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dewan Komuniti Setiawangsa hari ini.

Sumbangan berupa bantuan wang tunai dan bakul makanan berisi barang keperluan asas telah disampaikan kepada penerima bagi meringankan beban untuk menyambut hari raya Aidiladha yang bakal menjelang.

Turut hadir, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),  YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, YBhg. Puan Sri To' Puan Seri Norizam Che Mohd Nor, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tag Artikel
  • Tiada tag artikel