YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menerima kunjungan hormat dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang diketuai oleh Puan Ummi Kalthum Shuib, Pengarah sektor Wilayah Persekutuan semalam.
Pertemuan ini penting dalam usaha Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) merangka dasar Waste to Wealth, sekali gus merealisasikan aspirasi C.H.A.S.E City dalam WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
#50WP