Team JWP dan DBKL turun padang semalam ke Parlimen Batu dan Setiawangsa bagi menyantuni Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar sekaligus membantu proses penyaluran wang tunai dari Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) kepada mereka.
Seramai 18 orang KIR Parlimen Batu dan 12 orang KIR Parlimen Setiawangsa yang hadir dalam sesi ini telah menerima bantuan tunai dan goodies bag.
Bagi Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak, KIR telah disantuni oleh delegasi JWP yang berjumlah 3 orang setiap parlimen manakala bagi Parlimen Lembah Pantai, seramai 8 orang KIR hadir ke Perpustakaan Lembah Pantai bagi sesi ini.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Parlimen Batu, Cheras, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Setiawangsa serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang turut bertungkus-lumus dalam menjayakan sesi Santuni Ketua Isi Rumah semalam.
#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI