Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


DILUAR SANA TAK MENJANJIKAN SYURGA

Sepadan dengan pepatah “dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”, penjawat awam perlu sentiasa menjanjikan komitmen tertinggi dan prestasi kerja yang cemerlang walau dimana kita berkhidmat.

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 48 penerima dari Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu - PKB, Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP dan MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP) hari ini. YB Menteri sempat meraikan 3 orang bakal pesara yang akan bersara wajib dalam majlis yang sama. Terima kasih diucapkan di atas khidmat bakti semua bakal pesara.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah dan teruskan prestasi kecemerlangan tuan puan!

#DrZ #JWP #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI