Utama »
Galeri Foto 2024
» RM22JUTA UNTUK JETI TERMINAL RORO LABUAN BERI MANFAAT PADA RAKYAT
RM22JUTA UNTUK JETI TERMINAL RORO LABUAN BERI MANFAAT PADA RAKYAT
31 Mei 2024
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diiringi YB Dr Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi melawat Projek Penaiktarafan Kompleks Jabatan Laut Labuan hari ini. YAB Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM22juta untuk keseluruhan penaiktarafan Kompleks Jabatan Laut Labuan termasuk pembaikan Jeti Kedua Terminal RORO ini yang akan memberi manfaat yang selayaknya kepada rakyat Labuan setelah siap kelak.
YAB Perdana Menteri turut mendengar taklimat “Bandar Pintar Labuan 5.5G Pertama di ASEAN” di Wisma Perbadanan Labuan dengan cadangan mewujudkan platform Pusat Operasi Antarabangsa (IOC) Labuan yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan rangkaian 5.5G.
YAB Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus berikhtiar dan meneroka kaedah baharu untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat, namun pelaksanaannya perlu mengutamakan nilai tambah yang memenuhi keperluan semasa.