Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


PENUBUHAN KL STRIKE FORCE PANTAU ISU MELIBATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Hari ini, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mempengerusi dan mengaktifkan semula Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024. Kali terakhir mesyuarat ini bersidang adalah pada tahun 2020 yang lalu.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada perbincangan pelbagai isu keselamatan dan ketenteraman awam antaranya isu IMM13 di Labuan dan isu lambakan warga asing di Kuala Lumpur serta isu penempatan haram warga Rohingya di Bandar Baru Sentul yang sedang tular di media sosial.
Rumusan kepada mesyuarat ini, satu unit khas yang dinamakan sebagai KL Strike Force yang akan bertindak secara bersepadu termasuk penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) akan ditubuhkan bagi menangani isu-isu yang melibatkan keselamatan termasuklah isu lambakan peniaga jalanan, penjaja, peniaga kecil, pengemis, gelandangan dan isuisu semasa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Wilayah Persekutuan.
Penguatkuasaan secara bersepadu ini akan dijalankan serta merta di kawasan hotspot termasuk tindakan pantas ke atas hantaran tular di media sosial. Penubuhan KL Strike Force ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.