Utama »
Galeri Foto 2024
» TINJAUAN PROGRES PROJEK PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA LABUAN DI SUNGAI BEDAUN
TINJAUAN PROGRES PROJEK PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA LABUAN DI SUNGAI BEDAUN
25 Mei 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) siang tadi, turut berkesempatan meninjau progres projek pembangunan Sekolah Menengah Agama Labuan di Sungai Bedaun yang merupakan projek kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Sekolah ini bakal memanfaatkan 600 orang pelajar khususnya anak-anak asnaf, bukan sahaja dari Labuan, malah turut memberi manfaat kepada pelajar-pelajar aliran agama dari Sabah dan Sarawak. Sekolah ini dijangka siap dan beroperasi selewat-lewatnya pada tahun 2027.
Projek ini merupakan projek yang akan memberi manfaat yang besar kepada golongan asnaf di Labuan.