TINJAUAN PROGRES PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) BATU ARANG
25 Mei 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkesempatan meninjau progres Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Arang yang mempunyai 500 unit rumah dengan 2 blok untuk menempatkan warga Labuan yang layak. PPR ini juga dilengkapkan dengan tadika, dewan orang ramai, surau dan pelbagai kemudahan lain.
Projek di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini akan disiapkan dalam masa terdekat.
Perbadanan Labuan pada ketika
ini sedang meneliti dasar dan syarat-syarat bersama-sama pihak KPKT bagi memastikan projek perumahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Labuan.