Utama »
Galeri Foto 2024
» PENINGKATAN HASIL DI WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU SELARI DENGAN LIMPAHAN MANFAAT KEPADA RAKYAT
PENINGKATAN HASIL DI WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU SELARI DENGAN LIMPAHAN MANFAAT KEPADA RAKYAT
24 Mei 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hari ini, turut serta dalam Bengkel Meningkatkan Hasil Wilayah Persekutuan di Labuan.
Bengkel dimulakan dengan pembentangan dari pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang telah disampaikan oleh Encik Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC. Dalam pembentangan tersebut, Encik Zahid berkongsikan satu buku bertajuk 'India Grows At Night' oleh Gurcharan Das.
YB Menteri turut mendengar pembentangan mengenai strategi dan inisiatif dalam memastikan peningkatan hasil kepada ketiga-tiga Wilayah Persekutuan daripada pihak DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.