YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mengetuai Kunjungan Hormat delegasi JWP ke Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) pada 23 Mei 2024.
Pelbagai kejayaan pelaksanaan inisiatif-inisiatif bandar pintar di negeri Melaka telah dikongsikan oleh JKMM dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang boleh dicontohi JWP seperti Melaka Touch Point di Dataran MBMB, Environment Sensor Station (ESS-15), Kaunter Pandu Bayar, projek Smart Grid, motor elektrik bagi kegunaan penguatkuasa MBMB dan Dashboard i-Trafik.
Kunjungan hormat dan lawatan benchmarking ke Melaka telah memberi manfaat kepada JWP untuk mendalami inisiatif-inisiatif bandar pintar yang dilaksanakan secara efektif oleh Melaka terutamanya solusi pintar pelancongan, tadbir urus dan keselamatan.
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI