Keberhasilan utama ladang seluas 11 ekar yang menempatkan 5,000 polybag, dapat menjana pendapatan sehingga RM100,000.00 pada setiap musim penuaian.
Hasil tuaian yang mencapai sasaran produktiviti serta kualiti akan dipasarkan di pasar borong, restoran dan kedai di lokasi setempat.
Lawatan kerja yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan antara usaha yang dikenal pasti boleh diadaptasi bagi membangunkan taraf sosio ekonomi rakyat di Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan.
Melalui kerjasama rakan strategik, IGROW, pengalaman dan kepakaran yang dikongsikan akan membantu menangani isu rakyat yang kritikal. Hadir sama, YBrs. Tuan Nordin bin Abdul Malek, Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW).
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI