YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah turun ke tapak Kolam Takungan Banjir (KTB) Kampung Bohol yang menjadi tumpuan umum sejak kebelakangan ini.
Lawatan YB Menteri dimulakan dengan mendengar pandangan daripada pemegang taruh, iaitu YB Teresa Kok yang merupakan Ahli Parlimen Seputeh, serta wakil penduduk.
YB Menteri menekankan bahawa terdapat keperluan segera untuk melaksanakan projek menaik taraf dan mereka bentuk semula KTB Kampung Bohol bagi mengelakkan risiko banjir berulang.
Dengan menaik taraf KTB Kampung Bohol ini, kapasiti takungan air akan meningkat sebanyak 600%, daripada 150,000 meter padu air kepada 1.15 juta meter padu air, dengan kedalaman enam meter. Projek ini dijangkakan akan mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan bagi menghadapi musim monsun timur laut.
YB Menteri turut menekankan bahawa tiada sebarang cadangan pembangunan akan dilaksanakan sehingga KTB Kampung Bohol menepati semua spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta dapat berfungsi dengan baik.
#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADAN
#50WP