Utama »
Galeri Foto 2024
» Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024
Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024
16 Mei 2024
Pencapaian dan inisiatif-inisiatif bandar pintar telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini.
Pelbagai isu berkaitan Bandar Pintar telah diketengahkan di mana wakil-wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan juga telah menerima sijil penghargaan di atas komitmen masing-masing dalam penyertaan di Smart Nation Expo 2023.
Selain itu, JWP sentiasa menghargai peranan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) yang membantu dalam perlaksanaan inisiatif-inisiatif bandar pintar di Wilayah Persekutuan.