Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Taman Botani Tarikan Tersembunyi di WP Labuan

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan turun padang semalam ke Taman Botani WP Labuan untuk melihat sendiri lokasi berpotensi dibangunkan di sini.

Taman ini yang berkeluasan kira-kira 50 ekar terletak di kawasan bekas tapak bangunan kerajaan British yang dibina pada tahun 1852. Keunikan Taman Botani ini termasuk tiga buah tasik serta 100 spesis pokok dan hidupan liar antaranya seperti memerang, burung-burung dan unggas.

Menariknya, di Taman Botani ini terdapat perkuburan tentera Komanwel dari era Perang Dunia Kedua. Nak tahu cerita di sebalik itu, kenalah turun sendiri ke Taman Botani WP Labuan. Sambil cuci mata dengan keindahan flora dan fauna, boleh juga dapat info sejarah 😉

#WilayahPersekutuanKita

#50TahunWP

#MalaysiaMADANI

#MADANIRakyatLabuan

#syoknyaLABUAN