Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Penggiat-penggiat Industri Pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan

Sesi Libat Urus (SLU) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) Bersama Penggiat-penggiat Industri Pelancongan di Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 3 Mei 2024 yang lalu di Labuan International Golf Club (LIGC) bagi mendengar dan mengenal pasti isu-isu dan cabaran yang dilalui oleh penggiat-penggiat ini dalam mempromosikan produk-produk mereka. 

YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) JWP mempengerusikan SLU tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan, wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Cawangan Labuan dan Tourism Malaysia Labuan.

Pelbagai pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dibincangkan dalam SLU ini dalam mengetengahkan potensi produk-produk tempatan bagi meningkatkan daya tarikan sektor pelancongan di pulau Labuan.

#WilayahPersekutuanKita

#50TahunWP

#MalaysiaMADANI

#MADANIRakyatLabuan

#syoknyaLABUAN