Ha, tengoklah gelagat Usahawan PUJI WP Labuan dan pengunjung Karnival MADANI & Showcase Satu Daerah Satu lndustri (SDSI) di hari pertama ini.
Penyertaan pertama enam Usahawan PUJI di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Perbadanan Labuan (PL) dan rakan strategiknya, IGROW dalam showcase ini memberi peluang kepada Usahawan PUJI WP Labuan untuk merasai sendiri pengalaman berniaga dalam skala yang besar, berbeza daripada perniagaan sedia ada yang berasaskan di rumah (home-based).
Menerusi aktiviti pameran/ jualan produk, padanan perniagaan, skim biaya usahawan SDSI dan sebagainya memberikan nilai tambah kepada usahawan dalam membina rantaian perniagaan baharu yang seterusnya mengembangkan lagi produk mereka sendiri.
#UsahawanPUJI #SDSI
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI
#MADANIRakyatLabuan