Utama »
Galeri Foto 2024
» Lawatan Kunjungan Hormat Pengerusi Informa Markets Malaysia Kepada Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan
Lawatan Kunjungan Hormat Pengerusi Informa Markets Malaysia Kepada Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan
10 Mei 2024
Kunjungan hormat YBhg. Tan Sri Dato' Sri Dr Hj. Mohd Nasir bin Mohd Ashraf, Pengerusi Informa Markets Malaysia (Penganjur Smart Nation Expo 2024) ke atas YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) pada 9 Mei 2024 (Khamis). Turut hadir adalah YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) dan YBrs. Pengarah dan para pegawai Bahagian Perbandaran & Khidmat Teknikal.
Di antara perkara yang dibincangkan adalah penglibatan JWP di Smart Nation Expo 2024 pada 19 hingga 21 November 2024 di MiTEC, Kuala Lumpur.
Smart Nation merupakan pameran perdagangan terbesar di ASEAN berkaitan Bandar Pintar, 5G, Penyelesaian Teknologi dan persembahan teknologi Antarabangsa terbesar di Malaysia.