Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur & Putrajaya kepada Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 8 Mei 2024 (Rabu). Lawatan disantuni oleh YBhg Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP dan barisan warga kerja JWP dengan kehadiran YBrs Dr Nor'Aishah Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya dan barisan warga kerja Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya melibatkan tentang pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) serta lain-lain isu berkaitan kesihatan dan kebersihan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di samping itu, sokongan pihak JWP ke atas penubuhan Jawatankuasa ANMS peringkat Wilayah Persekutuan akan dapat menjadi platform bagi membincangkan isu kesihatan dan kebersihan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebagai tambahan, jawatankuasa ini akan membantu dalam penyelarasan strategi dan inisiatif bagi memartabatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai negeri sihat, bersih dan selamat dihuni.
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI