Selain meningkatkan usaha membangunkan taraf sosio ekonomi rakyat, lawatan kerja yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan ini turut meninjau potensi projek keusahawanan yang boleh diadaptasi dalam Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di Wilayah Persekutuan.
Antara potensi ikon usahawan yang berjaya adalah ternakan ikan sangkar Pak Ya yang diusahakan oleh En Zakaria bin Mohd Ji; Perusahaan Dodol Opah Yang oleh Pn Normi binti Ramli; dan kraf tangan labu sayong Kg Gajah yang diusahakan oleh Pn Norshima Abd Aziz. Rata-rata pendapatan yang dijana oleh usahawan ini mencecah RM15,000 sebulan.
Kejayaan yang diraih oleh ikon usahawan ini berpandukan bimbingan dan sokongan konsisten yang diberikan oleh Tuan Nordin bin Abdul Malek, Pengarah Eksekutif IGROW dan pasukannya.
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI
#PUJI