Majlis Pra Peluncuran Sidang Belia Wilayah Persekutuan hari ini diluncurkan oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bagi mewujudkan platform terbuka dan inklusif yang menyatukan anak muda dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dengan pelbagai latar belakang bagi membahaskan usul terkait dasar dan polisi di Wilayah Persekutuan.
Medan ini membuka peluang kepada golongan belia mengemukakan idea dan pandangan mereka melalui usul-usul dan ketetapan yang dirangka.
Dalam suasana yang dinamik dan inklusif, platform ini memperkasa mereka untuk berinteraksi secara aktif, menyuarakan keperluan dan aspirasi, serta memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan komuniti belia.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP); YBhg. Dato’ Thomas @ Parang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP; YBhg. Datuk Ramlee Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Pembangunan); YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan; serta ketua-ketua agensi yang lain.
#DrZ #WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI