Pada 6 Mei 2024, YBhg. Dato' Parang Abai@ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Kebersihan Bersama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur bagi membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan program-program kebersihan.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Zon & Pengerusi Sub Zon MPPWP Kuala Lumpur termasuk wakil dari Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Pengurus Kawasan DBKL dan Bahagian Sosio Ekonomi (BSE) JWP.
Hasil mesyuarat, setiap MPPWP akan melaksanakan sekurang-kurangnya satu program kebersihan di setiap Parlimen secara berterusan bersama komuniti bagi memastikan kawasan persekitaran bersih dan ceria.
Turut diadakan, taklimat Blueprint Penarafan Kebersihan WP Kuala Lumpur dan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).
#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI