Macam-macam ada di Program Kampung Angkat MADANI JWP: Kampung Belukut, WP Labuan hari ini. Kita bawa terus perkhidmatan Kerajaan kepada penduduk Kampung Belukut antaranya: Sihat @PUJI
π©π»ββπ¨π»ββ saringan pemeriksaan kesihatan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan; Upaya @PUJI
π·ββοΈπ·ββοΈ padanan pekerjaan dan taklimat perlindungan sosial oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan Infra @PUJI
π©π»βππ¨π»βπ Taklimat dan demonstrasi keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan.
Program Usaha Jaya Insan (PUJI) merupakan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan bagi menstrukturkan semula bantuan kerajaan agar sampai lebih tepat kepada rakyat secara usaha sama merentas agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan badan korporat.
Program hari ini merupakan salah satu program bukan fizikal di bawah program Kampung Angkat MADANI JWP.
Sungguh keharmonian, semangat kerjasama dan keramahan penduduk kampung hanya boleh didapati di Kampung Belukut, WP Labuan. Di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur tiada suasana kampung macam ni. Ha, sesuailah Kampung Belukut ini menjadi Kampung Angkat MADANI JWP!
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI
#MADANIRakyatLabuan
#SyoknyaLABUAN