YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Ramlee Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) diiringi YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan turun padang ke Kampung Belukut, WP Labuan untuk Program Temu Mesra Kampung Angkat MADANI Jabatan Wilayah Persekutuan.
Delegasi JWP dan Perbadanan Labuan disambut mesra oleh penduduk Kampung Belukut sebelum En. Asmadi Ahmad, Ketua Kampung Belukut membawa delegasi JWP dan Perbadanan Labuan melawat Balai Raya Kampung Belukut, Surau Al-Ikhlasiah, Tanah Perkuburan Islam Kampung Belukut, dan jalan kampung serta kemudahan awam bagi melihat sendiri skop pelaksanaan kerja-kerja naik taraf yang bakal dilaksanakan.
Pada majlis yang sama, YBhg. Dato' Indera Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan pada hari ini menyerahkan sumbangan one-off kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar/ B40 secara bersasar di Kampung Belukut.
Selain itu, turut disampaikan adalah sumbangan bakul makanan kepada 148 orang KIR tersebut.
Pemantauan terhadap pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI JWP akan dijalankan melalui laporan kemajuan projek/ program yang dikemukakan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri melalui sistem pemantauan dan pelaporan Dashboard Kampung Angkat Madani (D-KAT Madani).
Hadir sama, YBhg. Datuk Nor Muhamad Che Dan@Che Din, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan dan YBrs. Ibrahim Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan.
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI
#MADANIRakyatLabuan
#SyoknyaLABUAN