YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyantuni penduduk Kampung Belukut, WP Labuan, En. Abdul Matalip @ Shawal bin Mahali dan En. Amban A/K Singan, kedua-duanya 62 tahun yang terlantar akibat strok.
Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah JWP menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Santuni Kasih JWP ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kluster Ihsan @PUJI.
Hadir sama, YBrs. En. Ibrahim Tambi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Perbadanan Labuan dan YBhg. Datuk Nor Muhamad Che Din@Che Dan, Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan JWP.
#WilayahPersekutuanKita
#50TahunWP
#MalaysiaMADANI
#MADANIRakyatLabuan