SEMARAK AIDILFITRI WP PUTRAJAYA 2024/1445H
03 Mei 2024
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meraikan Aidilfitri bersama-sama komuniti WP Putrajaya di Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Pada majlis tersebut, YB Dr. Zaliha bersama YB Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; dan
YBhg Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM200.00 kepada 500 orang asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan di WP Putrajaya.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada 250 asnaf yang menerima bantuan pada bulan Syawal yang istimewa ini.