Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


SEMARAK AIDILFITRI WP KUALA LUMPUR 2024M/1445H

Hari ini, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meraikan Aidilfitri bersama-sama komuniti WP Kuala Lumpur di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).

Di majlis ini, YB Menteri bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM200.00 kepada 1,000 asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberikan keceriaan kepada 1,000 asnaf yang menerima bantuan pada bulan Syawal yang istimewa ini.

#RayaDuluDulu #WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI