Program Sesi Libat Urus (SLU) Santuni Ketua Isi Rumah di Wilayah Persekutuan Labuan (WPL) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), pada 26 April 2024 (Jumaat).
Program ini turut dihadiri oleh YB Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan, Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg. Dato' Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, pegawai dari agensi pemberi bantuan.
SLU ini dijayakan dengan kerjasama seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Bahagian Pembangunan JPM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Angkatan Pertahanan Awam Labuan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Giat MARA Labuan demi menyokong inisiatif menoktahkan kemiskinan tegar Wilayah Persekutuan Labuan (WPL).
Melalui penganjuran SLU ini, ianya membolehkan semua Ketua Isi Rumah Miskin Tegar yang terlibat mengemaskini bantuan yang berkelayakan daripada agensi - agensi pemberi bantuan seperti MAIWP dan JKM yang membolehkan KIR dibebaskan daripada kepompong miskin tegar.
SLU ini dianjurkan berdasarkan format dan pendekatan inklusif yang baharu yang telah dipersetujui bersama agensi pemberi bantuan dan rakan – rakan strategik.
Selari dengan kerangka PUJI@WP, penganjuran SLU ini adalah berteraskan tiga (3) kluster PUJI@WP iaitu Ihsan@PUJI, Upaya@PUJI dan Lindung@PUJI.
#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI