Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


PEMBINAAN BLOK BAHARU TERMASUK KEMUDAHAN MESRA OKU DI SMK MUTIARA, WP LABUAN

Pagi tadi satu lawatan ke Projek Pembinaan Blok Baharu bagi Program Pendidikan Khas Integriti (PPKI) serta lain-lain kemudahan mesra OKU di SMK Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan dengan dihadiri oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Ir. Hj Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) WP Labuan bersama pegawai-pegawainya bagi melihat progres pelaksanaan semasa.
Projek Pembinaan Blok Baharu ini dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mei 2024 dengan kos sebanyak RM9.8 juta melibatkan pembinaan dua unit blok baharu yang mengandungi 10 bilik darjah, bilik pentadbiran, bilik akademik, bengkel dan lain-lain kemudahan mesra OKU.
PPKI ini bertujuan menyediakan program-program kemahiran seperti kelas memasak dan menjahit untuk para pelajar peringkat menengah OKU sekali gus memberi manfaat kepada warga OKU dalam usaha memastikan kebajikan warga Labuan sentiasa terpelihara.