Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024 membuka tirainya pada hari ini, 26 April 2024 dan telah dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada malam tadi.
Program yang akan berlangsung sehingga 28 April ini mendapat sambutan penyertaan melebihi 2,000 orang melibatkan 11 buah negara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Hong Kong, China, Turkiye, Cypres, Jerman dan Malaysia.
LISC 2024 mempertaruhkan hadiah wang tunai berjumlah RM278,390.00 bagi keseluruhan hadiah acara utama Cabaran memancing Laut Dalam (DAIWA Deep Sea Fishing Challenge) dan Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau serta acara sokongan seperti mencandat sotong, memancing pesisir pantai dan LISC Run.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Haji Rithuan Ismail, Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan.
#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI #LISC2024