Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Menziarah dan menyantuni Puan Siti Fairuz binti Murah yang merupakan peserta program Inisiatif Basmi Miskin Tegar (iBMT) Fasa 1 di Labuan.

YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan menziarah dan menyantuni Puan Siti Fairuz binti Murah yang merupakan peserta program Inisiatif Basmi Miskin Tegar (iBMT) Fasa 1 di Labuan.

Puan Siti Fairuz binti Murah adalah pengusaha kuih muih di Kg Sungai Bedaun dan Encik Jainni bin Mohd Yassin adalah pengusaha produk kek dan bakeri di Kg Patau-Patau 1 yang telah berjaya meraih pendapatan yang signifikan dan seterusnya terkeluar daripada kepompong kemiskinan. 

Pelaksanaan Program iBMT Fasa 1 yang bermula dari tahun 2022 hingga kini akan memastikan peserta berupaya menjana pendapatan dengan konsisten dan progresif melalui pelbagai bidang keusahawanan.

Merangka langkah ke hadapan, pengusaha yang berpotensi dan komited akan dibimbing untuk mengembangkan dan melonjakkan pertumbuhan perniagaan melalui program pembiayaan, pensijilan dan pemasaran secara global.

#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI