Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Lawatan lapangan ke Kampung Belukut di Labuan bagi Program Kampung Angkat MADANI

Lawatan lapangan ke Kampung Belukut di Labuan bagi Program Kampung Angkat MADANI telah diadakan pada hari ini, diketuai oleh YBhg Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Beberapa cadangan pembangunan program sosioekonomi akan diselaraskan berasaskan inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dan penambahbaikan kemudahan telah dizahirkan oleh Encik Asmadi Ahmad, Ketua Kampung Belukut di kawasan sekitar kampung antaranya seperti di tanah perkuburan, jeti nelayan, perusahaan ikan bilis, balai raya dan lain-lain.

Hasrat utama JWP adalah meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti desa di Kampung Belukut melalui pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI.

Hadir sama adalah pegawai kanan JWP, Perbadanan Labuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Labuan.

#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI