Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Usaha Jaya Insan Wilayah Persekutuan Labuan (PUJI@WPL) Bilangan 2 Tahun 2024
25 April 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Usaha Jaya Insan Wilayah Persekutuan Labuan (PUJI@WPL) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah diadakan pada 25 April 2024 di Wisma Perbadanan Labuan.
Mesyuarat ini membincangkan dan menyelaraskan inisiatif dan program yang sedang dilaksanakan berkaitan pembangunan sosioekonomi rakyat oleh agensi-agensi
bertempat di Labuan seperti Majlis Amanah Rakyat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Penglibatan semua agensi adalah penting berteraskan pendekatan keseluruhan negara bagi merealisasikan matlamat PUJI iaitu meningkatkan darjat hidup rakyat. Jawatankuasa ini turut dihadiri oleh pegawai kanan JWP, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan lain lain.