Lawatan Ybhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke tapak kerja-kerja pembinaan dan naik taraf di bawah inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur melibatkan kawasan Medan Selera Tanglin sedang rancak dilaksanakan. Usaha berterusan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung.
1. Medan Selera Tanglin.
- Kerja-kerja pembinaan naiktaraf Fasa 1 dan Fasa 2 projek telah siap dibina. Manakala pembinaan fasa 3 masih dalam proses pembinaan dan di jangka siap pada penghujung mei 2024.
2. Jalan Alur (Inisiatif Pengindahan Kuala Lumpur)
- Pembinaan bahagian dataran di Jalan Alur telah siap dibina dan pihak DBKL akan menyediakan kiosk siap bina mengikut perancangan susunatur yang telah di tetapkan.
3. Lorong Lebuh Ampang (Inisiatif Pengindahan Kuala Lumpur)
- Pihak DBKL juga turut menjalankan kerja-kerja pengindahan di Lorong Lebuh Ampang dalam memastikan imej dan keindahan Kuala Lumpur dapat di kekalkan.
#MalaysiaMADANI
#Wilayahkita
#LestariNiagaKL