Penyampaian sumbangan sebanyak RM5000 kepada Encik Japri dan Puan Azian bersama tiga orang anak yang terlibat dalam insiden kebakaran unit Flat Sentul Utama, Taman Dato’ Senu, Sentul Kuala Lumpur selasai disempurnakan pada jam 6.30 petang oleh YBhg. Dato Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosioekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan.
Diharapkan sumbangan ikhlas daripada Jabatan Wilayah Persekutuan ini dapat meringankan beban mangsa sekeluarga dalam menghadapi ujian di bulan Ramadan dan bulan Syawal yang kunjung tiba.
#WilayahPersekutuanKita #50TahunWP #MalaysiaMADANI