KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERCEMAR DULI BERANGKAT MENYANTUNI DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI
01 April 2024
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda menyantuni dan menyampaikan sumbangan wang tunai berserta kuih raya dan
voucher barangan keperluan asas kepada 500 penerima komuniti miskin tegar dan miskin Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hadir sama, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah, Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Serveyor Kamarulzaman Mat Salleh, DBKL.