BAZAR AMAL RAMADAN BERSAMA MHI DI LABUAN
30 Mac 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah turun ke Bazar Ramadan Labuan Walk bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan agensi di Labuan dan lain-lain.
YB Menteri mengambil kesempatan tersebut untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga gerai lain dan
berkongsi rezeki dengan peniaga dan pengunjung pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Hasil kolaborasi JWP dengan pihak TV3 melalui Program Malaysia Hari Ini (MHI) berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM7,000 dan telah diserahkan kepada Madrasah Al-Haq bersekali dengan duit sumbangan wang Zakat.