Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


NUR RAMADAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN ๐ŸŒŸ

YB Dr. Zaliha binti Mustafa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 500 orang asnaf dan 100 orang pelajar tahfiz di WP Labuan bersempena Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024/1445H di Dewan Ganggarak Permai anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Perbadanan Labuan (PL) bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Sejumlah RM300,000.00 telah diagihkan kepada 1,500 asnaf berserta sumbangan wang tunai sebanyak RM200.00 hasil peruntukan zakat dari Baitulmal, Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah disampaikan oleh YB Menteri kepada 100 orang anak-anak tahfiz dan madrasah berdaftar yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu, sumbangan berjumlah RM4,000.00 juga diberikan kepada Surau Ganggarak Permai untuk tujuan aktiviti pengimarahan Ramadan.
Jabatan Wilayah Persekutuan juga turut menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi penyediaan jamuan berbuka puasa dan moreh kepada para asnaf yang menghadiri program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Labuan.
Hasil kolaborasi JWP dengan pihak TV3 melalui Program Malaysia Hari Ini (MHI) berjaya mengutip sumbangan berjumlah RM7,000 melalui Program Bazaar Amal Ramadan bersama MHI di Labuan Walk yang telah diserahkan kepada Madrasah Al-Haq bersekali dengan duit sumbangan wang Zakat.
Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan agensi di Labuan dan lain-lain.