Utama »
Galeri Foto 2024
» 100 ORANG PESERTA KURSUS PENDAYAUPAAN UPAYA @ PUJI DI LABUAN TERIMA SIJIL
100 ORANG PESERTA KURSUS PENDAYAUPAAN UPAYA @ PUJI DI LABUAN TERIMA SIJIL
30 Mac 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyampaikan sijil tamat kursus bagi peserta Upaya @ PUJI di Labuan.
Peserta-peserta Upaya @ PUJI ini dikenal pasti dari Ketua Isi Rumah miskin tegar yang berpotensi untuk menceburi bidang keusahawanan.
YB Menteri turut melihat produk hasil keluaran usahawan PUJI bersama YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan agensi di Labuan dan lain-lain.