Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Usaha Jaya Insan Wilayah Persekutuan Labuan (PUJI@WPL) Bilangan 1 Tahun 2024

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Program Usaha Jaya Insan Wilayah Persekutuan Labuan (PUJI@WPL) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, telah diadakan pada 29 Mac 2024..
Jawatankuasa Teknikal PUJI@WPL ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif PUJI dapat meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Labuan khususnya golongan berpendapatan rendah.
Selain itu, status pelaksanaan inisiatif Upaya@PUJI di WPL yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Institut Usahawan Agro (iGROW) turut dibincangkan.
Hadir sama, YBhg. Dato Parang Abai@Thomas, TKP (PSE) JWP, Tuan Haji Rithuan, Ketua Pegawai Eksekutif PL, dan pegawai kanan daripada pelbagai jabatan dan agensi di Labuan antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Penerangan, Pejabat Tanah dan Galian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan lain-lain.