YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) memulakan lawatan kerja di Labuan dengan menghadiri dan merasmikan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Dalam ucapan, YB Menteri telah menekankan bahawa proses membangunkan belia ini satu usaha yang 'crucial' dan memerlukan satu perancangan yang strategik sama ada bersifat jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek.
YB Menteri melihat program Rakan Muda ini amat bertepatan dalam pemerkasaan pembangunan jati diri belia selain menyemai gaya hidup yang positif dalam kalangan anak muda.
Program Rakan Muda ini dijayakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama pihak yang berkaitan.
#DrZ
#WilayahPersekutuanKita
#MalaysiaMADANI
#50TahunWP