Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU INISIATIF WASTE TO WEALTH

Selepas selesai di Bazar Ramadan Wangsa Maju YB Dr. Zaliha Mustafa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) melawat Pusat Kitar Semula Pandu Lalu di AEON Big Wangsa Maju.
Ini adalah salah satu inisiatif Waste to Wealth yang akan menjadi antara visi utama Wilayah Persekutuan.
Pusat Kitar Semula yang diusahakan oleh Alam Flora ini menggunakan konsep drive-thru untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk mengitar semula bahan buangan. Di samping menggalakkan aktiviti kitar semula, inisiatif ini jua akan menambahkan pendapatan warga, khususnya di Wangsa Maju.
Alam Flora Sdn Bhd juga menyediakan 1,000 pek bubur lambuk dan Vermi Industries Sdn Bhd juga menyumbangkan 600 pek vermicelli (bihun) siap dimasak dan vermicelli mentah kepada para asnaf di program Nur Ramadan WP Kuala Lumpur.