Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Galeri Foto 2024


NUR RAMADAN PERINGKAT PARLIMEN SEPUTEH ๐ŸŒŸ

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah hadir ke Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024/1445H di Parlimen Seputeh.
Penganjuran Program Nur Ramadan ini dilaksanakan secara kerjasama strategik antara JWP, DBKL, Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan JAWI.
YB Menteri juga menyampaikan sumbangan kepada setiap penerima Asnaf sejumlah wang tunai RM200.00 daripada pihak MAIWP melalui Baitulmal.
Sumbangan ini diharapkan akan dapat meringankan kos perbelanjaan lebih kurang 300 keluarga di Parlimen Seputeh dalam membuat persiapan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri yang akan menyusul tidak lama lagi.
Turut hadir, YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh, YBhg. Datoโ€™ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Hamim, Pengarah Eksekutif DBKL, Tuan Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan wakil MAIWP.