Utama »
Galeri Foto 2024
» IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR
IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH BAKTI AL-KAUSAR
16 Mac 2024
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke jemputan Majlis Berbuka Puasa 2024 anjuran Boraombak Marina Putrajaya.
Majlis Iftar ini melibatkan kerjasama Boraombak, Kembara Mukmin Travel Sdn. Bhd. dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang merupakan program CSR dalam menyantuni anak-anak Yatim Rumah Bakti Ala Kausar, Bangi.
YB Menteri juga menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim ini mewakili Boraombak dengan harapan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban mereka.